Jawatan Kosong Terkini Di Malaysia™ |
- Jawatan Kosong SPA - APRIL 2013
- Jawatan kosong Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) PSH - 12 April 2013
- Jawatan Kosong RISDA - 17 April 2013
- Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) - 11 April 2013
Jawatan Kosong SPA - APRIL 2013 Posted: 07 Apr 2013 05:44 AM PDT Terdapat 80 kekosongan jawatan kosong di SPA. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia mempelawa individu untuk megisi kekosongan jawatan terkini bulan APRIL 2013 di SPA sebagai:- 1.Pembantu Penyediaan Makanan Gred N17 (50 Kekosongan) 2.Juruteknik Perubatan Gred U19 (4 Kekosongan) 3.Pembantu Hidupan Liar Gred G17 (23 Kekosongan) 4.Juruteknik (Awam) Gred J17 (3 Kekosongan) KLIK DISINI UNTUK IKLAN JAWATAN SPA Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web SPA: SILA KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN WEB SPA8 Tarikh tutup permohonan adalah pada: 21 April 2013 (Ahad) Lokasi: Seluruh Malaysia Sektor: Kerajaan Perhatian: Sila kongsi jawatan ini untuk rakan-rakan yang lain dengan menekan button share disebelah kiri. Jangan lupa sila LIKE iklan jawatan SPA ini. Ribuan terima kasih admin ucapkan kepada semua pengunjung di portal iklan jawatan kosong ini. |
Jawatan kosong Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) PSH - 12 April 2013 Posted: 07 Apr 2013 05:24 AM PDT Permohonan adalah dipelawa untuk memohon jawatan sebagai pekerja sambilan harian di INSTUN sebagai:- 1.TUKANG MASAK GRED N17 (SAMBILAN) 2.PEMBANTU AM PEJABAT PRAMUSAJI GRED N1 (SAMBILAN) CARA MEMOHON DAN TARIKH TEMUDUGA 1.1Permohonan hendaklah menggunakan Borang INSTUN yang boleh didapati terus di Seksyen Pengurusan Sumber Manusia INSTUN atau boleh dimuat turun melalui www.instun.gov.my . Calon yang terpilih akan dipanggil untuk temuduga pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut : TARIKH : 17 April 2013 (RABU) MASA : 8.00 - 8.15 PAGI (PENDAFTARAN) TEMPAT : BILK MESYUARAT MELUR, ARAS 4, WISMA INSTUN 1.2 Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil berhenti sekolah dan salinan sijil kelulusan. Salinan dokumen-dokumen yang berkenaan hendaklah dicetak di atas kertas saiz A4 dan diakui sah sama ada oleh Pengetua/Guru Besar (Sekolah Kerajaan Sahaja), Penghulu atau Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (dahulunya Kumpulan A). 1.3Borang-borang yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada Seksyen PSM sebelum atau pada 12 April 2013. Borang-borang yang gagal dikembalikan pada tarikh yang telah ditetapkan tidak akan diproses. SYARAT AM 2.1Tempoh perkhidmatan adalah tidak melebihi 3 bulan. 2.2Permohonan terbuka kepada semua yang layak kecuali mereka yang sedang berkhidmat secara sepenuh masa sama ada di sektor awam atau swasta dan pegawai yang sedang berkhidmat secara sambilan di INSTUN. 2.3Calon-calon yang tidak mendapat maklum balas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh temuduga adalah dianggap telah tidak berjaya dalam urusan pengambilan ini. TARAF JAWATAN : Sambilan Harian KEMUDAHAN DAN ELAUN Anggota sambilan yang dilantik adalah layak menerima pelbagai kemudahan dan elaun yang sedang berkuat kuasa dalam Perkhidmatan Awam Malaysia tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011, seperti berikut: 1.Elaun Perjalanan Kenderaan 2.Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing 3.Elaun Harian 4.Elaun Makan KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT KLIK DISINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN Tarikh tutup permohonan: 12 April 2013 Lokasi: Perak Sektor: Kerajaan |
Jawatan Kosong RISDA - 17 April 2013 Posted: 07 Apr 2013 05:02 AM PDT Jawatan kosong terkini di RISDA. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai:- 1.Pegawai Pertanian G41 (6 Kekosongan) 2.Pegawai Tadbir N41 (2 Kekosongan) 3.Penolong Pegawai Tadbir N27 (6 Kekosongan) MUAT TURUN SYARAT DAN LANTIKAN KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA Tarik tutup permohonan: 17 April 2013 Lokasi: Seluruh Malaysia Sektor: Kerajaan |
Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) - 11 April 2013 Posted: 07 Apr 2013 04:54 AM PDT Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:- (*jawatan adalah bertaraf kontrak):- 1.Pengurus Penyelidik TARAF JAWATAN: KONTRAK PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN: Kelayakan akademik yang dikemukakan bagi menyokong permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT SKIM PERKHIDMATAN: Pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. CARA MEMOHON: 1. Calon diminta supaya mengisi borang permohonan dengan lengkap secara online dengan melayari http://e-recruitment.um.edu.my, termasuk di bahagian kelayakan akademik. Kegagalan anda berbuat demikian atau permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan atau permohonan selain daripada online atau didapati mengemukakan maklumat yang tidak benar boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan. 2. Bagi calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan/Swasta perlu mengisi Borang Pengesahan Ketua Jabatan - Lampiran Y (yang boleh diperolehi daripada http://e-recruitment.um.edu.my) dan menghantarnya ke alamat berikut selewat-lewatnya 19.04.2013: Ketua Penolong Pendaftar (Pelantikan) Bahagian Sumber Manusia Aras 6, Bangunan Canseleri Jabatan Pendaftar, Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur Catatan: Sila tulis nama penuh dan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat. 3. Calon yang dipanggil temuduga dikehendaki mengemukakan dokumen berikut semasa menghadiri temuduga; (a) Resume (sila cetak dari e-recruitment) (b) Salinan setiap sijil (yang telah disahkan) beserta sijil asal. (c) Laporan Penilaian Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan (bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan). 4. Tarikh tutup permohonan ialah pada 11.04.2013 |
You are subscribed to email updates from JAWATAN KOSONG KERAJAAN | JAWATAN KOSONG 2013 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar