Jawatan Kosong Terkini Di Malaysia™ |
- Jawatan Kosong Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - 15 April 2013
- Jawatan Kosong KETENGAH - 30 April 2013
- Temuduga Terbuka PTPTN (Penolong Pegawai Tadbir N27) pada 3 April 2013
- Job vacancy as a Phamacist at Cosway Farmasi - 18 April 2013
- Jawatan Kosong Cempaka Schools - 30 April 2013
- Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan (PSH) - 15 April 2013
- Jawatan Kosong di ASC-KL Sdn Bhd (Analyst Programmer) - 30 April 2013
- Jawatan Kosong UKM dan HUKM - Terkini April 2013
- Jawatan Kosong di UPSI - 8 April 2013
- KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA MARA 2013
- Jawatan Kosong di Kementerian Luar Negeri -15 April 2013
- Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 5 April 2013
- Jawatan Kosong Institut Sukan Negara (ISN) - 8 April 2013
Jawatan Kosong Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - 15 April 2013 Posted: 02 Apr 2013 02:03 PM PDT Jawatan kosong terkini di UNIMAS. Universiti Malaysia Sarawak, mempelawa anda yang berkelayakan, dinamik dan berpandangan jauh untuk mengisi jawatan kosong Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Pemohon dipelawa untuk mengisi jawatan tersebut secara tetap / kontrak. Jawatan kosong sebagai:- 1.Pegawai Tadbir (Tetap/Kontrak) 2.Pegawai Undang-Undang L44 (Tetap) 3.Pegawai Undang-Undang L41 (Tetap) 4.Penolong Juruaudit W27 (Kontrak) 5.Pembantu Hal Ehwal Islam S17 (Tetap/Kontrak) 6.Juruteknik Komputer FT17 (Tetap/Kontrak) Pemohon hendaklah memohon melalui borang permohonan jawatan secara atas talian (HROnline). Borang dapat dicapai melalui URL berikut https://hronline.unimas.my/jobs_unimas KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT DAN SYARAT KELAYAKAN Tarikh tutup permohonan: 15 April 2013 Lokasi: Sarawak Sektor: Kerajaan |
Jawatan Kosong KETENGAH - 30 April 2013 Posted: 02 Apr 2013 01:31 PM PDT Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Sokongan. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu. Jawatan kosong sebagai:- 1.PENOLONG AKAUNTAN GRED W27 CARA MEMOHON 1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang LKTT: 1 (Pind. 1/2010) yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu dan di Pejabat Cawangan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi, Bandar Ceneh Baharu dan Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir atau sila muat turun di link di bawah ini; MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN 2. Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan Sijil, kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport. 3. Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika masih berminat dan layak. 4. Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK:- (a) Pemohon berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan (b) Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan; (c ) Borang tidak lengkap atau tidak terang; (d) Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan; (e) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi Pegawai yang sedang berkhidmat ; dan (f) Tidak ditandatangani. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP Permohonan hendaklah sampai kepada:- Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Karung Berkunci No. 3 23409 Bandar Al Muktafi Billah Shah DUNGUN, TERENGGANU (Bahagian Khidmat Pengurusan) sebelum atau pada 30 April 2013. CATATAN AM 1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga. 2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan daripada tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. SILA KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT |
Temuduga Terbuka PTPTN (Penolong Pegawai Tadbir N27) pada 3 April 2013 Posted: 02 Apr 2013 01:21 PM PDT Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur kurang daripada 45 tahun pada 31 Disember 2013 untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 lantikan sambilan yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut : TARIKH / HARI: 03 April 2013 / Rabu WAKTU TEMUDUGA: 09.00 pagi hingga 11.00 pagi TEMPAT TEMUDUGA: Dewan Besar PTPTN Tingkat 3A, PTPTN Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan 50490 KUALA LUMPUR Jumlah kekosongan: 12 Taraf Lantikan: Sambilan Syarat Lantikan: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- a)warganegara Malaysia: b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan; c)Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU d)Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU e)Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN d)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. CARA MEMOHON: Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Sambilan (Borang PTPTN-PSM-01/1-2005 Pin. 4) yang boleh diperolehi di link borang permohonan dibawah atau di alamat berikut : Ibu Pejabat PTPTN : Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Jabatan Khidmat Pengurusan, Tingkat 11 Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, 50490 KUALA LUMPUR. SILA KLIK DISINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan Borang Permohonan Jawatan Sambilan mengikut susunan berikut:- a) Salinan Kad Pengenalan pemohon; b) Salinan Surat Beranak pemohon; c) Salinan Sijil Berhenti Sekolah; d) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); e) Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (sekiranya berkenaan) atau Salinan Diploma berserta transkrip (sekiranya berkenaan); f) Pengiktirafan kelayakan Diploma/Sijil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya pemohon adalah pelajar lepasan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) (sekiranya berkenaan); dan g) Lain-lain dokumen sokongan. Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh PTPTN. SILA KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT |
Job vacancy as a Phamacist at Cosway Farmasi - 18 April 2013 Posted: 02 Apr 2013 12:59 PM PDT We are an established Cosway Farmasi in Kuala Lumpur and Selangor, inviting suitable potential candidate to fill the vacancy of 1.Phamacist Requirement: - Degree in Pharmacy from recognized institution. - Registered with the Malaysian Pharmacy Board. Successful applicant can look forward to : - Attractive Basic Salary ~ RM5,000 - RM8,000 - Commissions 50% of the gross profits of pharmaceutical products Please contact Pn.Ezue 010-2211 746 for interview or email your resume to azleza_mahmood@yahoo.com Click here for more detail Sector : Private Location: Kuala Lumpur & Selangor Closing Date : 18 April 2013 |
Jawatan Kosong Cempaka Schools - 30 April 2013 Posted: 02 Apr 2013 12:49 PM PDT Jawatan kosong di Cempaka Schools. Cempaka Group of Schools was founded 1983 and has since expanded into a family comprising Cempaka Damansara, Cempaka Cheras and Cempaka International Ladies' College. Over the years, Cempaka has been the nation's leading brand in Education. We are looking for an outstanding candidates to join us and grow with us. Vacant Position: 1.Ladies Swimming Coach Requirements: *Dedicated and have a strong personality. *Willing to work under pressure. *Applicants must be willing to work in Cheras, Damansara Heights or Nilai. *Only shortlisted candidates will be notified for interview. IF YOU ARE INTERESTED, PLEASE SEND YOUR RESUME TO careers@cempaka.edu.my JAWATAN KOSONG DI SEKTOR : SWASTA TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30/4/2013 |
Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan (PSH) - 15 April 2013 Posted: 02 Apr 2013 12:38 PM PDT Jawatan Kosong Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan sebagai PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH), Syarat-Syarat permohonan jawatan seperti berikut : A. PEMANDU KENDERAAN GRED R3 a) Warganegara Malaysia; b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; c) i) Sijil Pelajaran Malaysia; ii) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [ kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia dengan baik. B. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17 i) Membaiki sebarang kerosakan elektrik dan memulihkan perkakas suis voltan rendah serta membuat ujian elektrik pada setiap; dan ii) Menyenggara dan memeriksa semua pendawaian, suis, starter panel dan control panel serta motor elektrik dan peralatan lain-lain yang berkenaan. Kadar Upah : RM54.00 sehari Tempoh Perkhidmatan : Tempoh perkhidmatan PSH tidak melebihi tiga (3) bulan.Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi. Waktu Bekerja : Sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat. Dokumen yang diperlukan semasa temuduga : 1) Salinan MyKad 2) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 4) Salinan Sijil-sijil 5) Biodata/resume terkini 6) Gambar berukuran pasport terkini. Tarikh tutup permohonan: , Isnin 15 April 2013 (jam 4.00 petang) Hantarkan permohonan lengkap dan resume ke alamat berikut: Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan, Wisma Audit, Jalan Haruan 2, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban 2, Negeri Sembilan Darul Khusus. atau setiap pertanyaan boleh menghubungi email: zahariah@audit.gov.my razis_iskandar@audit.gov.my atau hubungi di talian 06-7629700 Tarikh Akhir Permohonan : 15 April 2013. Sektor: Kerajaan |
Jawatan Kosong di ASC-KL Sdn Bhd (Analyst Programmer) - 30 April 2013 Posted: 02 Apr 2013 12:14 PM PDT ASC-KL Sdn Bhd, sebuah syarikat ICT khusus dalam menyediakan penyelesaian sistem pengurusan fasiliti memerlukan analyst programmer dengan ciri-ciri berikut:
Yang berminat boleh hantarkan resume ke http://www.microcorp.com.my/ Fresh graduate juga dialu-alukan. Sektor: Swasta Tarikh tutup permohonan: 30/04/2013 Untuk maklumat lanjut sila ke: http://www.microcorp.com.my/ |
Jawatan Kosong UKM dan HUKM - Terkini April 2013 Posted: 02 Apr 2013 06:47 AM PDT Jawatan Kosong 2013 terkini di UKM dan HUKM April 2013. UKM memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut: Jawatan kosong terkini di UKM :- 1.JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29 2.JURUTERA J41 3.PEGAWAI OPTOMETRI U41 4.PEGAWAI PENYELIDIK Q41 5.PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL N41 6.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41 7.PENOLONG JURUTERA J29 8.PENOLONG JURUUKUR BAHAN J29 9.PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27 10.PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 11.PENOLONG PEGAWAI SAINS C27 12.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29 13.PENOLONG PENGURUS ASRAMA N27 Tarikh tutup permohonan UKM: 16 April 2013 Jawatan kosong terkini di HUKM :- 1.ATENDAN KESIHATAN U3 2.JURU X-RAY U29 3.JURURAWAT U29 4.JURUTEKNIK PERUBATAN U19 5.PEGAWAI FARMASI U41 6.PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41 7.PELUKIS PELAN J17 8.PENOLONG PEGAWAI SAINS C27 9.PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29 Tarikh tutup permohonan HUKM : 14 April 2013 SYARAT PERMOHONAN: SILA KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT SYARAT DAN PERMOHONAN |
Jawatan Kosong di UPSI - 8 April 2013 Posted: 02 Apr 2013 12:36 AM PDT Jawatan kosong terkini di UPSI. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu- satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan - jawatan seperti tersenarai di bawah:- 1.PEGAWAI PENYELIDIK Gred Q41 2.PEGAWAI TADBIR Gred N41 3.PENGAWAL KESELAMATAN Gred KP11 4.PEKERJA AWAM Gred R1 SYARAT - SYARAT LANTIKAN KLIK DISINI UNTUK MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN PANDUAN PERMOHONAN i) Permohonan adalah secara menghantar resume yang lengkap seperti perkara-perkara berikut: (Tidak perlu mengisi borang permohonan secara online. ) - Nama jawatan yang dipohon - Nama penuh dan nombor kad pengenalan - Gambar pemohon - Jantina dan taraf kewarganegaraan - Nombor telefon dan emel - Alamat - Kelayakan akademik - Pengalaman kerja - Kemahiran yang dimiliki ii) Pemohon juga mestilah menyertakan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan : - Salinan Kad Pengenalan - Salinan sijil-sijil persekolahan dan kelayakan akademik yang dimiliki - Salinan sijil-sijil penghargaan (jika ada) - Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan (jika ada) - Salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (3 tahun terkini bagi yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) iii) Resume dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan hendaklah dihantar ke alamat: UNIT PERJAWATAN BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR Tingkat 1, Bangunan Canselori UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 Tanjong Malim, Perak Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Hanya permohonan yang lengkap dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan sahaja akan diproses. Jika pemohon tidak menerima sebarang pemberitahuan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan adalah tidak berjaya. Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 (Pn. Nur Ashikin, En.Mustafa, Cik Norlina) / 6338 ( Pn. Murni) / 6340 (En. Nurul Ashikin) atau e-mel myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan. TARIKH TUTUP PERMOHONAN Tarikh tutup permohonan adalah pada 08 April 2013 (Isnin) Perhatian: Sila kongsi jawatan ini untuk rakan-rakan yang lain. Sila klik di button SHARE di sebelah kiri. Terima kasih admin ucapkan kepada semua pengunjung di portal iklan jawatan kosong ini. Semoga portal ini akan memberi manfaat kepada semua. |
KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA MARA 2013 Posted: 02 Apr 2013 12:22 AM PDT MARA akan mengadakan Karnival Pendidikan dan Kerjaya MARA 2013 seperti butiran berikut: Tarikh: 14 April 2013 (AHAD) Masa : 10.00 pg hingga 6.00 petang Tempat: Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak. Kenderaan : Bas disediakan oleh pihak UPSI dihadapan Bitarasiswa jam 8.00 pagi. Peserta: terbuka kepada 40 orang sahaja. Antara aktiviti yang disediakan bagi calon yang mencari kerjaya: 1) Peluang pekerjaan dan keusahawanan 2) Peluang bertemu Bakal Majikan 3) Temuduga Kerja Terbuka 4)Ceramah Kerjaya 5) Penulisan Resume 6) Tips menghadiri Temuduga 7) Grooming & Etiquette 8) Dan lain - lain lagi ** maklumat lanjut sila berjumpa dengan Che Noor Hawa Binti Che Ismail ditalian 05 450 6886 atau ke Unit Jaringan Masyarakat dan Industri 3PKG di bangunan Bitarasiswa |
Jawatan Kosong di Kementerian Luar Negeri -15 April 2013 Posted: 01 Apr 2013 09:25 PM PDT Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk membina kerjaya dalam perkhidmatan luar negeri adalah dipelawa untuk memohon jawatan (walk-in Interview) sebagai:- 1.Pegawai Tadbir Gred N41 SYARAT TAMBAHAN BAGI 'WALK-IN INTERVIEW' di KEMENTERIAN LUAR NEGERI i) Calon-calon yang memohon dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.3 ke atas atau yang setaraf dengannya; ii) Calon-calon dengan kelayakan pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sahaja. Senarai bidang dan pusat pengajian tinggi luar negara/ tempatan yang diktiraf boleh disemak di portal JPA (http://pengiktirafan.jpa.gov.my/); iii) Calon-calon yang mempunyai penguasaan bahasa-bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seperti bahasa Arab, bahasa Perancis, bahasa Sepanyol, bahasa Mandarin dan bahasa Rusia akan diberi keutamaan; iv) Umur calon semasa ditemu duga hendaklah tidak melebihi daripada 30 tahun; v) Tempoh kontrak adalah untuk satu (1) tahun dan tempoh perkhidmatan secara kontrak ini boleh dilanjutkan tertakluk kepada prestasi kerja dan perakuan Ketua Jabatan; dan vi) Calon-calon yang dipanggil untuk ditemu duga dikehendaki melalui "aptitude test" sebelum sesi temu duga. Ujian ini adalah bertujuan menguji kebolehan calon berfikir secara sistematik dan sejauh mana calon dapat menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperoleh melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. CARA-CARA PERMOHONAN i) Calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut: a) Curriculum-vitae; b) Dua (2) keping gambar berukuran pasport; c) Salinan Sijil / ijazah dan dokumen-dokumen sokongan; dan d) Satu esei di dalam Bahasa Inggeris bertajuk "Why Do You Want to Join Wisma Putra ?" dengan format seperti berikut: -Dokumen Microsoft Word 2003 dan ke atas; -"Font" : Arial bersaiz 12 ; -"Spacing" : 1.5 ; -"Paragraph" : Justified ; dan -Panjang jawapan tidak melebihi dua helaian kertas bersaiz A4. ii) Semua dokumen permohonan hendaklah dialamatkan kepada alamat di bawah atau faks ke 03-8890 2502 sebelum atau pada 15 April 2013 KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN LUAR NEGERI BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA WISMA PUTRA, NO 1, JALAN WISMA PUTRA PRESINT 2, 62602 PUTRAJAYA, MALAYSIA (U.P. URUS SETIA URUSAN PENGAMBILAN – WALK IN INTERVIEW) Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh dikemukakan kepada email : recruitment@kln.gov.my Calon-calon yang layak akan dihubungi oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri untuk urusan yang berkaitan. MUAT TURUN IKLAN JAWATAN DISINI Tarikh tutup permohonan: 15 April 2013 Lokasi: Putrajaya Sektor: Kerajaan |
Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 5 April 2013 Posted: 01 Apr 2013 09:09 PM PDT Jawatan kosong terkini di UMP. Permohonan adalah dipelawa dripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai:- 1.PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29 2.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17 MUAT TURUN IKLAN JAWATAN DAN SYARAT PERMOHONAN SILA KLIK DISINI UNTUK MEMOHON Tarikh tutup permohonan: 5 April 2013 Lokasi: Pahang Sektor: Kerajaan |
Jawatan Kosong Institut Sukan Negara (ISN) - 8 April 2013 Posted: 01 Apr 2013 05:30 PM PDT Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di ISN. Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan:- 1. Pengarah (Terbuka - 48) - Kontrak 2. Pegawai Penyelidik (Q41- 54) - Tetap 3. Penolong Pegawai Belia & Sukan (S27) - Tetap 4. Jurupulih Perubatan (U29) - Tetap 5. Juru X-Ray (U29) - Tetap 6. Juruteknik Komputer (FT17) - Tetap BORANG PERMOHONAN : SILA KLIK DISINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN CARA DAN SYARAT PERMOHONAN : Pemohon hendaklah merujuk kepada nota penjelasan bagi tujuan permohonan. Borang permohonan perlu diisi dengan lengkap dan disertakan bersama resume lengkap dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan. Permohonan hendaklah dihantar secara terus (serahan tangan) atau melalui pos kepada: Cawangan Sumber Manusia, Institut Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Negara , Bukit Jalil, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur. (Untuk Perhatian : En. Sani Iskandar Bin Md Ali) Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 April 2013 (Isnin) ** hanya permohonan melalui pos atau serahan terus (serahan tangan) sahaja yang akan dilayan. |
You are subscribed to email updates from JAWATAN KOSONG KERAJAAN | JAWATAN KOSONG 2013 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar