Senin, 18 Maret 2013

Jawatan Kosong Terkini Di Malaysia™

Jawatan Kosong Terkini Di Malaysia™


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2013

Posted: 18 Mar 2013 10:36 AM PDT

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti yang berikut:

Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa'

1. Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan/Dua (2) Semester
2. Program Ijazah Empat (4) Tahun/Lapan (8) Semester

Syarat

1. Warganegara Malaysia.
2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2013 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1993.
3. Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
4. Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
5. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran. DAN
6. sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga (3) mata pelajaran yang berikut:
- Bahasa Melayu;
- Sejarah;
- Satu (1) mata pelajaran yang lain; serta
- lulus Bahasa Inggeris.
7. Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).

Cara Memohon

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 22 Mac 2013.

Tarikh tutup 31 Mac 2013

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Sektor Pengambilan dan Pendaftaran Latihan)
No. Telefon : 03 88841260/1280/1249/1242/1259/1230/1240

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah.
No. Telefon : 088 236804

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak.
No. Telefon : 082 258045

Maklumat lanjut sila klik disini


Perhatian: Admin ingin meminta kerjasama pengunjung disini sila SHARE ataupun LIKE info Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ini untuk rakan-rakan yang lain. Terima Kasih admin ucapkan kepada semua pengunjung yang sudi berkunjung di sini.


Jawatan Kosong Universiti Malaysia (UM) - 24 Mac 2013

Posted: 18 Mar 2013 10:26 AM PDT

Jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia (UM). Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan-jawatan berikut:- (* semua jawatan adalah bertaraf tetap/kontrak)

1. Pembantu Perpustakaan Gred S17
2. Pembantu Pemuliharaan Gred S17
3. Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27
4. Pekerja Awam Gred R1
5. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17
6. Setiausaha Pejabat Gred N27
7. Penolong Pegawai Perubatan Gred U29

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan dan syarat-syarat lantikan sila layari http://e-recruitment.um.edu.my

Permohonan yang tidak dihantar melalui saluran yang ditetapkan atau diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh tutup iklan ialah pada 24 Mac 2013


Universiti Malaysia (UM)


Jawatan Kosong Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 22 Mac 2013

Posted: 18 Mar 2013 09:58 AM PDT

Memelukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru disamping merealisasikan perubahan KUIS melalui Transformation of KUIS. Selaras dengan hasrat tersebut calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memenuhi jawatan berikut:-

1. Penolong Pegawai Tadbir - N27
2. Pembantu Tadbir (Kesetiaushaan) - N17

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor yang boleh diperolehi di Pejabat Bahagian Pengurusan Insan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Borang permohonan juga boleh didapati dengan mencetaknya dari laman web rasmi KUIS iaitu www.kuis.edu.my

Permohonan hendaklah sampai kepada:

KETUA
BAHAGIAN PENGURUSAN INSAN
PEJABAT PENDAFTAR
ARAS 2, BANGUNAN PENTADBIRAN
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
BANDAR SERI PUTRA
43000, KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Maklumat lanjut sila klik disini

Tarikh Tutup Permohonan: 22 Mac 2013 

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Jawatan Kosong Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) - 19 Mac 2013

Posted: 17 Mar 2013 11:34 PM PDT

MIDA mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk menghantar permohonan bagi jawatan-jawatan berikut: 

1. Setiausaha Pejabat - Gred 6 
2. Penolong Pegawai Perpustakaan - Gred 6

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonanan secara atas talian (on-line) melalui laman web MIDA di http://e-jawatan.mida.gov.my. 

Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta salinan Rekod Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini. 

Notis Am

Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga; dan
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 

Untuk maklumat lanjut, hubungi: 

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
Tingkat 15, MIDA Sentral
No.5, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur 

Tel: 03 2263 2400 
Faks: 03 2274 5605 
E-mel: hrd@mida.gov.my

Maklumat lanjut Jawatan 1 klik sini


Maklumat lanjut jawatan 2 klik sini


Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
Tarikh Tutup Permohonan 19 MAC 2013 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar